Tuesday, December 27, 2011

tabah itu perlu

kau datang masa aku perlukan seseorang dan kau pergi masa aku masih perlukan kau.apa2 pon terima kasih.

Friday, December 9, 2011

pilihan kita

amaran;nie post yang bermain dengan imaginasi.so kalau agak nak berimaginasi ngan aku jomm.common guys!hihi

actually aku tak ade idea nak menulis nie.tp disebabkan aku bosan tahap gaban so why not aku mengarot kat blog nie kan?kalau nak mengarot kat fb kang kene condemn.paham2 je laa i nie kan diva nanti mula paksedara maksdare aku interframe.bagus2 aku nak berangan terbantut mimpi aku.kesian.hancur musnah harapan aku.sob2.


disebabkan nie post pasal imaginasi aku pon ape lagi.nak la berangan utk mendpatkan my prince charming.aww aww.prince charming ok!bukan sebarang prince.kau ingt kau cinderalla farra nak prince charming bagai.tak pe,walaupon aku hanyalah layak mendapat umbrella aku redha.cehh!nampak tak ciri2 menantu mithali tu?ehem2,x nampak lagi??lahhh yang part2 redha tu laa.hihi.


meh sini aku share pilihan lelaki yang aku nak.aww aww.tetiba rase malu la plak.sjak bile aku tau malu nie?eh?bukan ke aku mmg pemalu dr dulu ke?hihi


  1. aku memerlukan seorang lelaki yang bersifat positive.hal ini kerana(ceh mcm krgan spm) aku jenis seorg yang bsifat negative.aku xtau kenapa ape kena ngan aku tp yang pasti bukan lagi  mungkin aku memang jenis yang negative.hihi.so aku memerlukan lelaki yang positive untk meneutralkan negative aku nie.haishhh,ni aku tetiba nak explain dalam bahasa saintifik nie.
  2. aku mengharapkan lelaki yang periang or kelakar.sebabnya aku nie mood tak tentu hala,dgn erti kata lain mood swing je memanjang.so aku rase the best man is yang lelaki kelakar.yang boleh buat aku suke,bukan jenis yang menambahkan lagi kemarahan aku.tak pasal2 aku tua sebelum waktu.cewahh.
  3. aku menginginkan lelaki yang sabar.yes jenis yang sabar.aku nie bangsa tak boleh tak kene skit.kejap2 nak melenting tak tentu hala.aku rasa kalau aku dapat yang x sabar mmg aku makan kaki je manjang.xpayah makan nasi.selain jimat beras jimat ekonomi keluarga malah aku jugak dapat menguruskan berat badan dengan kiri kanan lebam dibelasah.oh jauhkan la aku dengan lelaki seperti ini.
  4. aku berkehendaki lelaki yang alim serta tinggi ilmu agamanya.hihi.malu la plak nak explain psl agama2 nie.ok2 la aku explain.kekadang tertunjuk keburukan diri tak pe kan?sbg pgajaran org lain.wahh gila cover aku.sbb ape aku nak lelaki yang sebegini.almaklumlah aku nie xde la pandai sangat bab2 agama nie,so aku nak ade seorg yang boleh bimbing aku ke jalan yang lurus.tak nak la seumur hidup jahil.hihi,malu mak nokkkk!
  5. aku nak sangat lelaki yang menyayangi aku seadanya.wahh!ayat aku.terkesima seketika.bukan ape,kasih sayang tu penting kan?kalau dia kahwin ngan aku tapi tak sayang aku buat ape?sia2 ok!sia2.aku nie dah la serba tak pandai.kau nak suh aku masak,masak nasi pon fail lagi nie.kau nak suh aku jaga anak,sikit2 boleh laa.tapi nak beranak aku xpandai.hihi.kau nak suh aku iron baju,ok yang nie aku boleh buat tanpa bantahan,sbb selain dr melayan kehendak suami kita juga dapat exercise.men iron baju nie ibarat sauna yang paling termurah.pandai aku cutting cost kan?hihi
  6. pilihan seterusnya ialah lelaki yang tegas.tapi xde la tegas mcm askar.aku nie bangsa tak boleh berkeras.makin kau berkeras makin aku berkeras.aku kau lembut ngan aku,insyaALLAH aku berlembut.jangan nak paksa2.tu aku pantang,makin kau paksa makin aku wat donna.bangsa ape lah aku sorg nie.mak aihh.hahaha
  7. aku memerlukan lelaki yang bijak.bijak mcm mne tu??bijak nak pkir how to handle aku nie.aku nie almaklumlah complicated skit.yes aku mengaku.kadang2 aku boleh menjadi sangat simple dan kengkadang aku boleh menjadi sangat complicated,aku pon xpaham ape kene.hihi.so kalau lelaki nie bijak of course dia boleh handle aku very well bila aku buat perangai.jangan dia lempang aku sudah.mmg aku mintak ceraii.wah awal nya amaran aku.haha
  8. next,aku mengharapkan lelaki yang stabil ekonomi nya.bukan aku materialistik ok,tp aku nak langkah pencegahan.bukan aku kata lelaki yang x berapa nak masyuk nie xde masa depan tapi aku nak anak2 aku punye masa dpan cerah.for example,aku kawen then laki aku tu,xberapa nak masyuk then so mcm mne anak2 aku nak ade pendidikan terbaik.lebih2 lagi masa nt.skrg pon pddikan sgt penting.zaman dorg lagi laa teruk kot.myb kene paham 3 org 4 bahasa asing.tu salah satu kepentingan nak menang persaingan yang sengit ituu nanti.

amboi aku punye list mak aih kalau boleh nak buat satu novel.tapi ape kan daya aku tak mampu.penat.kang ade plak novel aku jadi film.ala mcm ombak rindu tu.famous aww aww.perasan lagi aku ni.haish.


tapi pada pendapat aku.pilihan kita nie pelbagai.berbeza antara satu sama lain.tapi adekah semua pilihan kita akan jadi kenyataan?harap2 nye dapat laa.berdoa banyak2.tapi kalau dah namaya cinta.apa2 pon boleh.cinta kan buta.kann?tapi aku xnak buta sbb cinta.tp yang lain aku dh mcm haprak.hahaha


ps;bagi la list banyak mana pon.kalau dah jodoh tu jodoh jugak.dah nama ketentuan.ALLAH tahu ape yang terbaik untuk kita.Dia bagi yang berbeza untuk melengkapkan kehidupan kita.tak best jugak banyak persamaan.kekurangan sesama pasangan melengkapkan lagi kehidupan sesebuah keluarga ituuu.